Pergi restoran ni untuk jamu keluarga makan fine dining dan ternyata tidak mengecewakan.
Layanan waiter first class. Deco moden, elegen dan mewah. Makanan sedap tak terkata. Portion pon besar.
Harga? Saya belanja satu family dalam 7 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga RM200 sahaja. Memang berpatutan kalau nak dibandingkan dengan cafe hipster yang deco acah2 moden, pakai perabot recycle tapi charge RM70 ke atas untuk makan berdua dgn hubby sahaja.
Paling best layanan waiter mmg tip top. Bila ditanya nasi goreng pedas atau tidak, dia akan tanya balik nak pedas macam mana, dia boleh buatkan ikut suka kita. Statement dia mengingatkan saya kepada rancangan British's Best Restaurant, di mana pelanggan dilayan bagaikan raja.
Waiter pon sgt prihatin dgn keadaan mak yg berkerusi roda. Bila mak request nak air basuh tangan, dia bawakkan mangkuk khas basuh tangan sebelum mak mula makan dan datang balik dgn mangkuk basuh tangan yg baru bila mak dh selesai makan tanpa perlu dipanggil. Siap tolong turunkan mak di tangga entrance restoran bila kami nak kembali ke kereta. Punyalah prihatin. Memang terrrrbaikkkk. Anda akan sedar betapa ikhlas dan gembiranya mereka bekerja di sana.
Untuk itu saya bagi restoran ini 5 bintang. Highly recommended for its best service and superb food.
The food... excellent and in big portion....the staf .... very fast and friendly.....the ambient warm and inviting....the place you come with friends over coffee or tea accompanied by tasty cookies....the food that I luv the most is the mee goreng in the pan....and durian....
An error has occurred! Please try again in a few minutes